30 April 2017

Funny Part 3 (Sakit Kencing Manis)

 Sakit Kencing Manis


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa

"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase.."
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."


Funny Part 2 (Pesakit Jiwa Menyanyikan Lagu)

Pesakit Jiwa Menyanyikan Lagu


Seorang doktor terkejut ketika masuk ke laman belakang sebuah rumah sakit jiwa kerana ia mendengar ada seseorang sedang menyanyi. Selepas mencari tahu, ternyata suara itu datang dari seorang pesakit rumah sakit jiwa tersebut. Anehnya, si pesakit menyanyikan lagunya sambil tidur terlentang.


Dengan kehairanan, sang doktor terus memerhatikan tingkah laku pesakit tersebut. Ia berfikir, "Nampaknya pesakit tersebut sudah sembuh."



Kemudian, pesakit tersebut tengkurap dan menyanyikan lagu yang lain. kerana penasaran, doktor menghampiri sang pesakit dan bertanya, "Hai Joko, mengapa kamu tadi menyanyi dengan tidur terlentang dan sekarang malah telungkup?"



Dengan tenang si pesakit menjawab, "Iya Doktor, tadi side A, sekarang side B."




Funny Part 1 (Sudu)

::SUDU::


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung... 

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop) 

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor. 
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari. 
Pak Pandir : Terima kasih. 
x x x x x x x x x x x x x x x x x x x 
Seminggu kemudian….. 

x x x x x x x x x x x x x x x  xx x x


Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? 


Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….

(sambil mengerang…) 

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? 
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, 
SUDDDU doktor……. 
Doktor : Kenapa dengan sudu? 
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor! 
Doktor : ??????? &6%$#

Lawak Kakar Bahasa Melayu Sarawak

Assalammualaikum .. Mat malam ngan kitak owg semua.. Boh heran nengok kamek kakar sarawak tok.. Kamek owg sarawak. Jangan malu nak ngaku dirik owg sarawak koh..!!! Hari tok akak mok share ikit pasal lawak kakar Bahasa Melayu Sarawak tuk.. Nok sik faham ya, buat2 faham jak oowwhh... hehehe...



1. Berikut adalah senarai peserta yang akan berekot dalam acara larian amal. 

2. Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api. 

3. Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak. 

4. Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak.

5. Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur terkena hujan lebat. 

6. Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman. 

7. Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton berkelakar sesama sendiri. 



8. Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli ikan pusuk. 

9. Kerana banyaknya pakaian yang dibuat dari ampaian membuatkannya semput keletihan. 

10. Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa. 

11. Dia masih tidak tahu sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini. 

12. Kali terakhir aku tangga, dia duduk di tangga. 

13. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon. 

14. Keadaan muka bumi yang agak lembut menyebabkan perjalanan mereka menjadi agak lembot. 



15. Rahsia ini jangan dipadah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita. 

16. Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang. 

17. Perutnya rasa berbual selepas berbual panjang sambil minum arak dengan teman-temannya di kedai itu. 

18. Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati keruk kerana kesejukan. 

19. "Pergilah abas Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya. 

20. Terdapat banyak tapak mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu. 

21. Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah. 

22. Beliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma. 

23. Dengan adanya undang-undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela. 

24. Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya. 

25. Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu biak untuk disembelih.


ya jak koh...kelak blanja gik ceta owg Sarawak.. 
xoxo Nora

25 April 2017

Pick Up Line - Ayat-Ayat Cintan (chia..chia..chia)

Hai semua.. lama tak jumpa.. i'm back.. Ari ni akak nak share sikit pick up line ala ala, chia..chia..chia.. tue.. hehehe 



1. "Nampak barang saya jatuh tadi?"
"Barang ape?"
"Barangkali saya dah jatuh cinta dengan awak?"
❤❤❤

2. "Awak ni atlet ke?"
Dari dulu saya cuba nak kejar awak tapi tak dapat-dapat..
❤❤❤

3. "Result SPM dah keluar, saya dapat 8A, 1C"
"Apa yang C tue?"
"C you at jenjang pelamin.."
❤❤❤

4. "Jalan atas jambatan tu hati-hati tau"
"Kenape?'
"Sebab saya takut awak tergelincir ke hati orang lain"
❤❤❤

5. "Tumpang tanya, rumah apa yang paling indah?"
"Rumah banglo?"
"Salah,. Rumah paling indah adalah rumahtangga yang bakal kita bina."
❤❤❤


6. "Kenapa ye? sejak saya kenal awak saya cuma tahu hanya satu musim je dalam dunia ni"
"Musim ape?"
"Musim rindu.."
❤❤❤

7. "Awak asal mana?"
"Saya asal Melaka"
"Salah. Awak sebenarnya asal dari tulang rusuk kiri saya.."
❤❤❤

8. "Kes langgar lari tu dah biasa.."
"Kes awak langgar hati saya ni apa cerita?"
❤❤❤

9. "Awak nurse ke?"
"Ya, saya nurse. Kenapa?"
"Kalau macam tu nurse caya (nescaya) awaklah jodoh saya"
❤❤❤

10. "Tumpang tanya, saya baru lagi kat sini."
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi ke hati awak?"
❤❤❤

11. "Apa beza awak dengan mahkota?"
"Errmm, tak tahu?"
"Mahkota bertakhta di kepala tapi awak bertakhta di hati saya"
❤❤❤

12. "Betulkah awak duduk Klang?"
"Ye, kenapa?"
"Patutlah hati saya Klang kabut tengok awak"
❤❤❤

13. "Awak kenal Donald Trump?"
"Tak kenal, Kenapa?"
"Sebab bila awak tiada, hati saya tak tenTRUMP"
❤❤❤

14. "Kalau dulu berat saya 60 kilogram, sekarang?"
"65?"
"Salah. Sekarang saya berat nak lupakan awak."
❤❤❤
15. "Makanan ni biar saya yang bayar."
"Eh, mengapa pula. Saya lelaki, saya yang patut bayar."
"Takpe hari ni saya bayar. Duit awak tu simpan untuk belanja majlis perkahwinan kita nanti"
❤❤❤

16. "Cik, saya nak jual rumah. Harga dalam 10k je boleh nego lagi"
"Biar betul. Rumah ape?"
"Rumahtangga kita. Percuma parking lot kat hati saya. 10k tu hantaran. Harap blh nego rendah lagi"
❤❤❤

17. "Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling kuat?"
"Kuda lumba, kuda kepang?"
"Salah"
"Habis tu?"
"KUDApat hatimu dan ku simpan di dalam hatiku"
❤❤❤

18. "Awak, saya gemuk tak?"
"Tak la"
"Tipu. Saya gemuk!"
"Ye la, Walaupun awak gemuk tapi awak tetap muat kat hati saya."
❤❤❤
19. "Awak study subjek ape?"
"Matematik. Kenape?"
"Kalau macam tu, Boleh tak awak gantikan X saya and don't ask Y?"
❤❤❤

20. "Awak tudung awak cantik tapi sayang..."
"Sayang kenape?"
"Akhirnya awak panggil saya SAYANG juga.."
❤❤❤

21. "Main game pun saya tak pandai apatah lagi nak mainkan hati awak"
❤❤❤

22. "Awak ni sama macam dodol la"
"Kenape pulak?"
"Sebab saya suka kacau awak.."
❤❤❤

23. "Laut kay Malaysia ni memang ade ikan yu ke?"
"Yu dah tak ade kat laut sebab yu dah ade kat hati i.."
❤❤❤

24. "Kalau awak dah tak suka saya, awak boleh pergi, Tapi satu je saya nak dari awak"
"Awak nak ape?"
"Nak ikut please...."
❤❤❤

25. "Awak merokok eh?"
"Takde la"
"Habis tu bawa lighter ni buat ape?"
"Saja bawa untuk nyalakan kembali api cinta kita.."
❤❤❤

26. "Banyak-banyak air tin, air ape yang paling best?"
"Coke? Pepsi?"
"Salah!"
"Habis tu?"
"Air tin king (thinking) of you everyday.."
❤❤❤

27. "Awak nak burger?"
"Burger ape?"
"Burger lah (bergelar) isteri saya...?"
❤❤❤ 

28. "You tahu tak erti HACKS?"
H-Hanya 
A-Aku
C-Cinta 
K-Kau
S-Seorang
❤❤❤

29. "Awak pernah kerja KFC eh?"
"Ye, lepas SPM dahulu. Kenape?"
"Sebab sekarang ayam (i am) in love with you..."
❤❤❤

30. "Boleh tak saya ambil gambar awak?"
"Buat pe?"
"Nak tunjuk bukti kat kawan,yang bidadari syurga memang wujud sebenarnya.."
❤❤❤

Sekian dari akak....
xoxo Nora.






12 April 2017

"Hari yang indah untuk senyuman manis di wajahmu.."



Hai semua..!!! Hari ni adalah hari pertama saya dalam  alam maya. Saya nak cerita sikit pasal kehidupan kita seharian ni. Sebelum tu, saya nak memperkenalkan diri saya, nama saya Nora. Saya ni orang biasa - biasa jer..hehe.. Dalam hidup saya, saya cuma nak buat orang senyum dan gembira selalu di samping saya. Itu adalah motto hidup saya...CheWaaaHhh..!! 
Baiklah... kalau korang tengok kat gambar atas tu, its says "its a good day to have a great day".. maksudnya mesti korang tahu kan... ?? hehe hari yang baik untuk menikmati hari yang sangat-sangat hebat..!!! kan...!! kan..!! 
Dalam kehidupan kita ni kita mesti ada "LIFE..!!" . Setiap hari kita lalui rutin harian kita. Buat perkara yang sama, bangun pagi, pergi kerja , jumpa rakan sekerja, jumpa pesakit pelanggan , lepas tu lunch, meetings, minum petang dan lepas tu balik kerja.. malam kalau ada masak buat dinnner , kalau tak, kadang2 kita ni ada jugak angin malasnyer kan... so makan kat luar... kalau tak pun, penat jer terus rehat.. tu gayanya orang yang kerja opis hour.. mcm plak kalau yang kerja "SHIF?" lagilah takde masa... kerja kena ikut shif setiap hari.. pagi, petang, siang, malam, pagi buta pun kerja... "kasiangggg...!! kadang2 makan minum pun tak terjaga... 
Tapi kalau tak kerja .. ? "no money no talk" lah jawabnyer kan... sendiri mahu ingat..!! Jadi, berbalik kepada story kita tadi, setiap manusia di dunia ni pun kena lah ada hari yang indah juga , untuk hilangkan rasa stress, penat, lelah semualah..  
So, buat lah masa untuk diri sendiri , bagi lah 1 badan 1 minda kita rehat.. "our mine is not a robot .."" ada juga 'PITSTOP!! nyerrr.. Memang lah.. ayat power selalu ada "bekerja demi negaraku yang tercinta..." tapi cintailah dan sayangilah diri sendiri sebelum nak sayang orang lain.. Buat diri sendiri happy dulu.."barulah hati manyakkk sinang..!!" 
Coba try pergi vacation..ke tempat yang korang nak pergi....korang pun tahu our country Malaysia memang banyak tempat-tempat yang best kita boleh pergi.. kalau nak lagi venture trylah vacation out of Malaysia.. mesti best.. kalau tak pun paling senang ajak kawan-kawan ker.. family ker.. g tu aahh makan2.. "jalan-jalan cari makan.."  
Nak share sikit lah . Perempuan dengan lelaki memang banyak perbezaannya bab-bab nak hepikan diri ni.. 
tapi sebelum tu , kalau saya cakap ni jangan pulak korang yang baca blog akak ni "SENTAP" plak.. hehe LELAKI kalau nak hepikan diri mesti ajak member-member pegi warung lepak borak sambil layan teh tarik.. cetalah hal keta ke..business ke..kalau tak pun layan bola .. kalau nak cakap pasal keluar dengan awekss ada tu memang.. kalau time couple memang nak teman masuk shopping komplex pilihkan baju, coba tengok yang dah kahwin.. HARAM nyer nak teman bini pilih baju.. yang selalu kita tengok tunggu kat luar layan handphone, main apps.. lantak hang nak belama kat dalam tue.. "p, beli sendiri, pilih sendiri.." hahahahaha life zaman sekarang.. tapi gembira jugak kan.. 
Kalau perempuan pulak, kalau bab lepak mesti tmpt -tmpt yang ada kelas lah.. perempuan kalu bab borak mesti ceta pasal lelaki, shopping, ygg paling bestnyer kalau bab nak mengumpat.. peh!! memang kelas ko maria!! aahh perempuan kalau shopping memang 1 bangunan tu nak round .. 1 kedai memang berjam-jam.. memang tak cukup satu hari nak abiskan semua.. servay dulu..tengok harga..pilih dulu..lepas tu pegi kedai sebelah tengok lagi kot2 ada yang murah lagi dari harga yang sebelah. Tapi ada juga yang tak kisah pasal harga , kalau bab Gucci, Prada, LV, Bonia ..nak yg original, yerlah nak show off dengan girls2 yang lain kan.. hahaha .. 
Macam-macam lah cara kita nak happy kan diri kita ni... jadi moral of the story dari akak yer.. buatlah selagi boleh untuk diri sendiri dan juga keluarga .. barulah hidup kita ni ceria selalu.. 
bye u alls... nanti kita chit chat lagi yer.. 
sayang awak semua.. 
xoxo nora.